Profail HAFIZ FARM Sdn Bhd 

Category: Hafiz Farm Published: Tuesday, 08 August 2017 Written by Administrator

Hafiz Farm Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2009. Ianya di tubuhkan untuk bergiat didalam bidang ternakan dan proses makanan berdasarkan daging lembu, kerbau , kambing, dan ayam di Sabah.

 

VISI

Ingin menjadi salah sebuah syarikat tunggak yang boleh membangunkan dan menjayakan industri ternakan di Sabah.  

 

MISI

  • Untuk menjadi pembekal utama hasil ternakan di Sabah
  • Mengembangkan rangkaian perniagaan untuk menyokong di dalam industri penternakan (upstream dan downstream)
  • Menenuhi keperluan daging untuk pasaran tempatan dengan harga yang berpatutan  
  • Untuk memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan terhadap produk pelbagai sentiasa mencukupi

 

BIDANG KERJA  

Bidang kerja yang dijalankan oleh Hafiz Farm Sdn Bhd ialah  

  1. Ladang Ternakan Lembu dan kambing.
  2. Fidlot
  3. Rumah Sembelihan (Abbattoir)

 

Ladang Ternakan lembu dan Kambing

  • Mengushakan penternakan lembu secara integrasi dengan ehsan  FELDA Plantation Sdn Bhd  dan Sawit Kinabalu Farms Product Sdn Bhd.

 

Fidlot

  • Pengumpulan,pengemukkan dan memudahkan proses pengagihan serta penjualan
  • Memudahkan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan lain lain
  • Boleh memuatkan lebih kurang 500 ekor lembu dalam satu masa.

 

Rumah Sembelihan

  • Rumah sembelihan dalam dua bahagian iaitu ruminan (lembu, kerbau dan kambing) dan unggas (ayam, itik dan lain lain)
  • Rumah sembelihan  yang diiktiraf oleh Kemeterian Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Majlis Agama Islam Sabah.

 

  • Kapasiti penyembilahan
    • Ayam               :  1000 ekor/jam   
    • Lembu/kerbau  :  30 ekor/hari   
    • Kambing          :  50 ekor/hari

  

Syarikat ini juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor, Bekalan Dan Perkhidmatan (PUKONSA), Kementerian Kewangan (KK) dan Lembaga Pembangunan Industrial Pembinaan Malaysia (CIDB)

 

Hits: 323